Tubuh MPN peringkat negeri - Utusan Malaysia

Tubuh MPN peringkat negeri

MUHYIDDIN Yassin (depan, dua kanan) bertanya khabar seorang peniaga ketika melakukan lawatan di Taman Pagoh Jaya, Muar, Johor. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Cadangan bagi memperkasakan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan menubuhkan jawatan kuasa tersebut di peringkat negeri akan diusulkan dalam mesyuarat pertama MPN, Isnin ini.

 

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui penubuhan tersebut, ia diyakini merancakkan lagi peranan MPN yang mungkin boleh dipimpin Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

 

“Saya akan kemukakan cadangan dalam mesyuarat akan datang untuk melihat arahan kerajaan yang dikeluarkan iaitu arahan nombor satu untuk tahun ini di mana peranan beberapa jawatankuasa peringkat nasional, negeri dan daerah diseragamkan.

 

“Antara perkara yang akan dicadangkan ialah penubuhan Majlis Pemulihan Negeri yang mungkin akan dipimpin oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dan dibawah itu adalah jawatankuasa tindakan daerah.

 

“Jawatan kuasa tindakan daerah yang sedia ada boleh dibahagikan peranan lebih kepada aspek pemulihan, sekali gus dapat membantu lebih dekat dan terperinci apa yang sebenarnya keadaan di bawah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ziarah kepada penduduk sekitar dan peniaga di Taman Pagoh Jaya, di sini, hari ini.

 

Tambah Muhyiddin, hasil perbincangan pada Isnin ini kemudiannya akan dikemukakan dalam Kabinet bagi mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Semalam, belia memaklumkan, isu pengangguran dan masalah pengurangan gaji antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama MPN.

 

Muhyiddin berkata, kedua-dua perkara berkenaan telah menjadi tumpuan utama kerajaan setelah keadaan itu dilihat semakin merosot sejak kebelakangan ini.

 

Katanya, kesan daripada pandemik Covid-19 membuatkan ramai yang sudah tidak bekerja atau diberhentikan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya