Tidak mengaku cabul adik ipar dalam kereta - Utusan Malaysia

Tidak mengaku cabul adik ipar dalam kereta

TERTUDUH mengaku tidak bersalah mencabul adik ipar berusia tujuh tahun dalam sebuah kereta ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kanak-kanak berusia tujuh tahun yang juga adik iparnya dalam sebuah kereta di Tanah Merah, bulan lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun dan merupakan seorang buruh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencabul kanak-kanak perempuan terbabit dalam kereta Proton Wira di tepi jalan di Tanah Merah kira-kira pukul 10 hingga 12 malam pada 8 hingga 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan sebarang jaminan kerana khuatir tertuduh mengganggu mangsa yang merupakan adik iparnya sendiri sepanjang tempoh prosiding perbicaraan.

Tertuduh dalam rayuannya pula memohon jaminan dibenarkan kerana perlu menanggung seorang ibu yang merupakan orang kurang upaya, lima orang anak dan isteri yang sedang mengandung.

Mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin selain menetapkan tarikh 14 November depan untuk sebutan semula kes termasuk serahan laporan perubatan mangsa.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya