Tiada pemakluman helikopter PDRM memasuki ruang udara Singapura - Utusan Malaysia

Tiada pemakluman helikopter PDRM memasuki ruang udara Singapura

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat penerbangan miliknya di ruang udara Singapura pada  hari ini.

Pengesahan itu dibuat susulan satu mesej tular di media sosial yang mendakwa helikopter milik PDRM telah menceroboh ruang udara negara berkenaan.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, penerbangan helikopter berkenaan berhampiran ruang udara berkenaan adalah bagi tujuan penugasan rasmi. 

“Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu laporan mendakwa Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-16 untuk memintas sebuah helikopter PDRM yang didakwa memasuki ruang udara republik itu.

Perkara ini susulan sebuah helikopter AgustaWestland AW139, dengan “call sign” 9M-PMD, yang dalam perjalanan ke Pengerang, terbang melintasi Pulau Tekong, lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura diadakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN