Tenaga pekerja asing dihadkan tidak lebih 15 peratus - Utusan Malaysia

Tenaga pekerja asing dihadkan tidak lebih 15 peratus

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Industri pembinaan dan perladangan perlu meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi dalam proses pengeluaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan bagi menghadkan tenaga pekerja asing yang kini banyak digunakan untuk kedua-dua industri berkenaan.

“Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada beberapa sektor ekonomi, yang mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing, terutama sektor pembinaan dan perladangan akibat pembekuan pengambilan pekerja asing.

“Bagi mengatasi isu ini, industri perlu meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi dalam proses pengeluaran. Dalam tempoh jangka panjang, jumlah pekerja asing dalam tenaga kerja dihadkan kepada tidak melebihi 15 peratus. Penguatkuasaan berkaitan pekerja asing akan diperkukuh bagi menyokong dasar ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN