Tempat kerja terus catat kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Tempat kerja terus catat kluster terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 14 daripada 25 kluster Covid-19 hari ini, diikuti tujuh kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi manakala pendidikan lain dan keagamaan, masing-masing satu kluster.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan Selangor dan Johor, masing-masing empat kluster, Pulau Pinang dan Perak, masing-masing dua kluster manakala Sabah dan Melaka, masing-masing satu kluster. 

 

“Bagi kluster komuniti, Sarawak dan Kelantan, masing-masing tiga kluster dan satu di Pahang manakala kluster kumpulan berisiko tinggi, satu di Johor dan satu di Selangor. 

 

“Kluster pendidikan lain, satu di Kedah manakala kluster keagamaan, satu di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 iaitu 19,495 kes berbanding semalam, 15,669 kes sekali gus mengatasi 18,760 kes sembuh manakala 1,272 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 641 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

 

Katanya, Sarawak kembali menjadi penyumbang tertinggi sebanyak 4,709 kes diikuti Selangor (2,710), Sabah (2,015), Johor (1,860), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Kedah (1,178) dan Perak (1,174). 

 

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (993), Pahang (766), Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Melaka (190) dan Perlis (108).

 

“Putrajaya pula 16 kes manakala Labuan hanya sifar kes,” katanya.

 

Tambahnya, daripada 19,495 kes positif yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 308 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 19,187 kes (98.4 peratus) lagi adalah

kategori satu dan dua.

 

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my setakat jam 7 petang hari ini, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 iaitu 104 kes sekali gus merekodkan jumlah yang sama kelmarin, 104 kes yang meningkat kepada 128 kes. 

 

Bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini berlaku peningkatan, sebanyak 463 kes berbanding kelmarin, 413 kes.

 

Sebanyak 108 daripada 463 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital. 

 

Kes aktif pula mencatatkan penurunan iaitu 225,277 kes berbanding sehari sebelumnya, 228,124 kes. 

 

Bagi kes kematian yang dibahagi mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 255 kes manakala kematian sebenar, 12 kes diikuti Kedah (54/7), Johor (52/24), Perak (24/10), Pulau Pinang (23/17), Kelantan (19/5), Sabah (16/13), Kuala Lumpur (12/4), Sarawak (7/5), Pahang (6/4), Melaka (4/4), Terengganu (3/3), Negeri Sembilan (2/3) dan Perlis (0/1). 

 

Bagaimanapun, Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kematian bagi dua kategori kematian. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN