Tandas siap dibaiki masih dikunci - Utusan Malaysia

Tandas siap dibaiki masih dikunci

Kerajaan peruntuk RM150 juta baiki tandas awam seluruh negara. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Orang ramai kecewa dengan keadaan tandas awam di taman rekreasi di sini yang masih tidak dibuka untuk kemudahan awam sebaliknya dikunci selepas siap dibaiki menyebabkan sukar untuk mereka menggunakan kemudahan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati tandas yang sudah disiap dibaiki itu itu masih dikunci dan ada yang mendakwa keadaan itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Pengunjung taman rekreasi itu, Mohd. Zakaria Omar, 41, berkata, keadaan itu menyusahkan pengguna yang mahu menggunakan kemudahan itu.

Katanya, keadaan itu menimbulkan persoalan kerana tandas awam itu boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

“Kenapa ditutup, dikunci. Sebelum ini elok saja digunakan oleh orang awam,” katanya.

Orang awam yang hanya mahu dikenali Zainal Abidin, 58, berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu dan jika berterusan, ia akan terus menyusahkan pengguna.

Menurutnya, keadaan itu merugikan kerana masih tidak dibuka walaupun keadaannya cantik.

“Tandas itu untuk kegunaan orang awam tetapi mengapa ditutup.

“Tandas cantik sudah dibaiki, tapi mengapa masih tidak boleh digunakan untuk awam. Saya berharap pihak majlis perbandaran membuka tandas ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN