Tajuddin Rahman Pengerusi Backbenchers baharu - Utusan Malaysia

Tajuddin Rahman Pengerusi Backbenchers baharu

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pasir Salak daripada UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) yang baharu.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali pula dilantik Timbalan Pengerusi Backbenchers.

Jawatan Setiausaha Backbenchers pula diisi oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Fasiah Fakeh. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN