Syarikat pengendali pelancongan berlesen disaran mohon bantuan RM3,000 sebelum 15 Oktober - Utusan Malaysia

Syarikat pengendali pelancongan berlesen disaran mohon bantuan RM3,000 sebelum 15 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) layak menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

 

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan kewangan itu merupakan bantuan kali kedua kepada syarikat pengendalian pelancongan selepas kali pertama melalui Inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (Pemerkasa) diberikan bantuan kewangan dalam jumlah sama kepada syarikat yang layak.

 

Katanya, syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif Pemerkasa adalah layak secara automatik bagi bantuan Pemulih dan tidak perlu membuat permohonan.

 

“Sehubungan itu, kementerian menyeru syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC yang tidak pernah menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Pemerkasa untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian,” katanya.

 

Katanya, maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan Pemulih bagi syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang berlesen di bawah MOTAC boleh didapati di laman web http://motac.gov.my/pemulihmotac2021 atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri berdekatan.

 

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober ini dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN