Sultan Selangor seru rakyat bersatu  - Utusan Malaysia

Sultan Selangor seru rakyat bersatu 

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa agar terus bersatu padu bagi membina negara bangsa yang maju serta hidup dalam suasana harmoni.

 

Pejabat Sultan Selangor menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat di negara ini.

 

Tambah kenyataan itu, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan keyakinan terhadap negara mampu menempuh apa jua dugaan mendatang sekiranya rakyat terus meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan persefahaman.

 

“Baginda juga mahu supaya setiap pihak berusaha menyemai semangat patriotisme di samping merasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang tercinta ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN