Sistem uCustoms JKDM gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan - Utusan Malaysia

Sistem uCustoms JKDM gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sistem uCustoms oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

 

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan. 

 

“Notis berkenaan LAD berjumlah RM3.94 juta telah dikeluarkan pada 31 Disember 2020 bagi EOT 3 dan EOT 4 kepada Syarikat 374044-H,” jelas laporan tersebut.

 

Laporan itu menambah, antara kelemahan yang perlu diberi perhatian adalah seperti kelewatan penyiapan komponen dan release pembangunan sistem uCustoms dan sebanyak 1,056 (27.2 peratus) daripada 3,876 deliverables sahaja yang telah diterima oleh JKDM.

 

“Hanya tiga daripada 70 modul utama yang berjaya disiapkan sepenuhnya dan beroperasi.

 

“Pemilihan pembekal yang tidak mengambil kira penilaian dan laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal,” jelas laporan berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN