Sarawak terus catat kes positif tertinggi - Utusan Malaysia

Sarawak terus catat kes positif tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 18,815 kes berbanding semalam, 19,495 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,660 kes diikuti Selangor (2.718), Johor (2,206), Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (814), Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269) dan Negeri Sembilan (170).

“Perlis pula merekodkan 80 kes dan Putrajaya, 22 kes manakala Labuan hanya 11 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN