Remaja Kelantan mula divaksin minggu depan - Utusan Malaysia

Remaja Kelantan mula divaksin minggu depan

DR. ZAINI Hussin melihat oxygen concentrator yang disumbangkan Firma Guaman Afiq & Co sambil diperhatikan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Program suntikan vaksin Covid-19 terhadap golongan remaja dan pelajar sekolah di negeri ini dijangka dapat dimulakan minggu depan.

 

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr, Zaini Hussin berkata, setakat ini, data berkaitan para penerima sedang dikumpulkan Jabatan Pendidikan negeri dan akan dimaklumkan kemudian.

 

Katanya, selain pelajar di bawah Kementerian Pendidikan, vaksinasi itu turut melibatkan pelajar di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta sekolah-sekolah swasta lain di seluruh negeri.

 

“Kita yakin data golongan remaja yang diperoleh melalui jabatan ini tepat dengan bilangan remaja yang ada di negeri ini. 

 

“Mungkin ada juga mereka yang tiada dalam sistem pendidikan, namun, itu hanya sebilangan kecil,” katanya kepada pemberita. 

 

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan 14 mesin Oxygen Concentrator sumbangan Firma Guaman Afiq & Co di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

 

Mesin bantuan oksigen itu disumbangkan firma guaman itu kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk kegunaan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di wad-wad hospital di seluruh Kelantan. 

 

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Zaini memberitahu, Kelantan telah mencapai 75 peratus suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama.

 

Jumlah penerima vaksin, katanya, semakin meningkat selepas pemvaksinan secara walk in dilakukan di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) bermula minggu ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN