Polis berkas banduan terakhir lolos daripada pusat kuarantin - Utusan Malaysia

Polis berkas banduan terakhir lolos daripada pusat kuarantin

Banduan terakhir, Jimnajir Annor berjaya diberkas semula di Batu 15, Jalan Apas Tawau hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Banduan terakhir yang meloloskan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Arena pada Ahad berjaya diberkas semula pada pukul 1.30 petang tadi.

HASYIM MUHAMMAD SYATA dan NIKO MATHEUS

 

 

 

 

 

 

 

 

Banduan warga asing yang positif Covid-19 ini ditahan semula dalam Op Kesan yang dijalankan di Batu 15, Jalan Apas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, suspek dikenali sebagai Jimnajir Annor,23, sebelum ini ditahan bagi dua kesalahan iaitu Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata, Jimnajir antara tiga banduan warga asing yang melarikan diri dari PKRC Dewan Arena pada 12.30 tengah malam kelmarin.

Semalam, dua suspek iaitu Hasyim Muhammad Syata,34, dan Niko Matheus,25, diberkas semula di bandar Tawau.

Ketiga-tiga suspek melarikan diri  setelah berjaya mengumpil jeriji besi di bahagian tandas PKRC tersebut.

Tiga bantuan berkenaan antara 16 banduan dan tahanan yang ditempatkan di PKRC Dewan Arena selepas disahkan positif Covid-19 bagi tujuan pengasingan dan rawatan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN