Perkenal OSHMP 2021-2025 kurangkan kemalangan industri - Utusan Malaysia

Perkenal OSHMP 2021-2025 kurangkan kemalangan industri

LEE LAM THYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memperkenalkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP)  2021-2025 untuk mengurangkan kadar kemalangan industri semua sektor terutama melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

 

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pelaksanaan OSHMP penting  bagi mewujudkan persekitaran pekerjaan  selamat, sihat, kondusif dan produktif di tempat kerja. 

 

Katanya, pengukuhan amalan peraturan kendiri di tempat kerja mesti diberi perhatian serius dibawah OSHMP.

 

“ Rancangan Malaysia Ke -12 yang telah dibentangkan di Parlimen harus memberikan tumpuan dan  perhatian untuk mengurangkan lagi kadar kemalangan dan penyakit di tempat kerja di negara ini

 

” OSHMP yang disemak semula diperlukan untuk menyokong RMK12. Amat penting untuk menjayakan pelaksanaan OSHMP (2021-2025) bagi majikan dan pekerja kerana kedua-dua pihak mempunyai peranan penting untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat, sihat, kondusif dan produktif di tempat kerja mereka. Pengukuhan amalan Peraturan Kendiri di tempat kerja mesti diberi perhatian serius dibawah OSHMP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, kerajaan dalam masa yang sama turut digesa memberi perhatian kepada tiga aspek lain termasuk pengangguran, keselamatan dan iklim.

 

“ Antara yang menjadi ancaman keselamatan negara pada ketika ini ialah melibatkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian. Pada ketika waktu pandemik, jumlah jenayah harian memang menyaksikan penurunan. Sungguhpun begitu, jenayah siber seperti penipuan dalam talian menampakkan peningkatan yang membahayakan.

 

“ Begitu juga dengan isu pengangguran masa kini hanya dapat ditangani dengan cara mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai lapangan dan sektor yang boleh diceburi  siswazah,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya