Percepatkan gelembung pelancongan di pulau peranginan di Terengganu - Utusan Malaysia

Percepatkan gelembung pelancongan di pulau peranginan di Terengganu

PENGUNJUNG mandi-mandi bersama penyu di Pulau Redang di Kuala Nerus, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepatkan usaha menjadikan pulau-pulau peranginan di negeri ini sebagai projek gelembung pelancongan kedua selepas Langkawi.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, langkah itu penting bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan di Terengganu terutama di enam pulau peranginan yang hanya mempunyai masa lebih sebulan untuk ‘bernyawa’ sebelum ketibaan musim tengkujuh.

Katanya, tiada halangan untuk usaha itu dipercepatkan memandangkan jumlah kes baharu Covid-19 di Terengganu antara yang terendah di samping kadar vaksinasi penggiat pelancongan di kesemua pulau  yang sudah mencapai 100 peratus.

Seorang pengunjung berehat di atas buaian di pantai Pulau Bidong Terengganu.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Pulau peranginan di Terengganu berbeza dengan di negeri lain kerana kita tidak beroperasi sepanjang tahun dan kini hanya ada masa lebih sebulan lagi untuk ‘bernyawa’ sebelum kedatangan musim tengkujuh.

“Jadi kita berharap pada minggu depan projek gelembung pelancongan boleh dilaksanakan bermula di Pulau Redang dan Pulau Perhentian,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pulau Redang di sini semalam.

Sementara itu, Ariffin menyarankan pengusaha resort di negeri ini agar menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada pelancong sebelum dibenarkan memasuki pulau peranginan.

Katanya, jika wujud keperluan, pemilik juga digalakkan membuat SOP tambahan lain bagi memastikan pengunjung benar-benar bebas daripada Covid-19 sekali gus mengelak penularan jangkitan.

“Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kita dapati ada segelintir operator dan pelancong tidak mematuhi SOP, jadi kita tidak mahu perkara sama berulang.

“Walaupun sudah beroperasi sejak 1 September lalu, namun beberapa resort masih mengharapkan kedatangan pengunjung dari luar Terengganu,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN