Pensyarah kanan wanita ditahan SPRM beri kontrak RM46,000 kepada keluarga - Utusan Malaysia

Pensyarah kanan wanita ditahan SPRM beri kontrak RM46,000 kepada keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam kerana disyaki menyalahguna kuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

 

Menurut sumber, wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya.

 

Difahamkan, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

 

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam,” katanya hari ini.

 

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya