KUANTAN: Pemilihan Perdana Menteri secara langsung oleh rakyat bukan jawapan kepada isu lompat parti dalam konteks negara ini kerana jika pendekatan tersebut dibenarkan, ia boleh mengakibatkan kesan radikal kepada Perlembagaan negara. Ia boleh menyuburkan evolusi sistem politik negara kepada penjelmaan sifat republik selain kesan awalnya, budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan terhapus. Justeru, kaedah pemilihan Perdana Menteri secara langsung tidak boleh dibenarkan kerana ia akan…