“Masuk ke pantai dengan riang dan sombong” - Kereta Kamal Adli terbenam - Utusan Malaysia

“Masuk ke pantai dengan riang dan sombong” – Kereta Kamal Adli terbenam

Kamal Adli dan kenderaan lasaknya hampir “ditelan” lumpur pantai Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli berkongsi memori mencuit hati kenderaan lasak empat pacuan jenis Triton terbenam di pesisiran pantai ketika air surut, semalam.

 

 

Menurut pelakon drama Scammer yang sedang berada di Kuantan, Pahang itu, dia sudah lama tidak menggunakan Triton untuk diuji kelebihan yang sinonim dengan aktiviti lasak dan berkebolehan dipandu pada permukaan bumi yang tidak rata.  Pun begitu, siapa sangka kenderaan gagah berkenaan tiba-tiba lemah hampir ditelan lumpur pantai.

 

 

 

“Alkisah petang tadi niat hati nak cuba`lah uji kekuasaan kereta yang lama tidak dicuba ini. Kawan cakap boleh guna jalan pantai pergi beli keropok. Masuklah ke pantai dengan riang dan sombongnya.

“Kereta aku pacu menyusuri pantai angin. Aku terus memandu sehingga hujung pantai sambil membuat Donut (gelaran keretanya) satu pusingan.

“Pada pusingan kedua Donut aku menjadi badak berendam termasuk dalam lumpur, malunya inilah kisah aku. Terima kasih kepada abang-abang Triton semua! Selamat!,” luahnya di Instagram.

 

Menerusi perkongsian hantaran beberapa keping gambar, dapat dilihat beberapa orang awam di kawasan tersebut berganding bahu dan bekerjasama membantu kereta lasaknya itu ditarik naik ke permukaan kering dengan menggunakan jentera.

 

 

Menjengah di rungan komen, majoriti pengikut, peminat dan rakan-rakan selebriti terhibur dengan perkongsian Kamal dan ada juga yang beranggapan Kamal sedang menjalani sesi penggambaran komersial kereta.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.