Mana satu yang betul, pengusaha hotel bajet Melaka keliru - Utusan Malaysia

Mana satu yang betul, pengusaha hotel bajet Melaka keliru

KEBANYAKAN hotel di Melaka menerima tempahan penginapan antara 50 hingga 75 peratus bagi musim cuti persekolahan yang bermula minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengusaha hotel bajet keliru dengan percanggahan kenyataan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri berhubung pelaksanaan gelembung pelancongan di negeri ini mulai 1 Oktober ini.

Majoriti hotel telah menguar-uarkan penawaran pelbagai pakej menarik termasuk penginapan malam kedua pada kadar RM1 sedangkan kerajaan negeri menidakkan program itu sehingga kadar vaksinasi di negara ini mencapai 90 peratus.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Melaka, Sazali Sabri mengakui keliru dengan pengumuman  kerajaan negeri berhubung tiada gelembung pelancongan di negeri ini pada 1 Oktober.

Katanya, ini kerana majoriti hotel telah menguar-uarkan penawaran pelbagai pakej menarik termasuk penginapan malam kedua pada kadar RM1.

“Pengusaha juga sudah menerima hampir 20 peratus tempahan bilik dan memanggil bekas-bekas pekerja untuk kembali berkhidmat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, orang ramai yang berhasrat melancong ke Melaka bermula 1 Oktober ini diminta menangguhkan sementara perancangan tersebut sehingga kadar vaksinasi negara mencapai tahap 90 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kerajaan negeri tidak membuka pintu sempadan bagi tujuan pelancongan, meskipun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengumumkan gelembung pelancongan di negeri ini.

Menurut Sazali, setakat ini kesemua 176 hotel bajet di bawahnya telah melakukan persiapan awal termasuk vaksinasi pekerja hampir mencecah 100 peratus.

“Kita telah melakukan persiapan melebihi 80 peratus merangkumi peratusan vaksinasi kakitangan hampir mencecah 100 peratus dan potongan harga penginapan sehingga 50 peratus.

“Mereka yang telah membeli baucar Tempah Sekarang, Menginap Kemudian sebelum ini juga boleh menggunakannya termasuk di Hotel MITC yang menawarkan penginapan malam kedua pada harga RM1,” katanya.

Dalam pada itu, berliau berharap kemasukan pelancong domestik meningkat sepertimana sambutan yang menggalakkan diterima perintis gelembung pelancongan iaitu Pulau Langkawi, Kedah. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya