Lima PPV 'walk in' bermula esok - Utusan Malaysia

Lima PPV ‘walk in’ bermula esok

PENERIMA vaksin Covid-19 menunggu giliran di ruangan pemerhatian selepas menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih di Lembah Klang melaksanakan pendekatan quick-win yang membenarkan ‘walk-in’ bermula esok sehingga 30 September ini. 

 

Lima pusat berkenaan adalah Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi; Multimedia University (MMU), Cyberjaya; Axiata Arena, Bukit Jalil; Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B. 

 

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan menyebut, ia adalah strategi mengoptimumkan sumber bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seiring jumlah kehadiran yang rendah untuk mendapatkan suntikan vaksinasi secara walk-in di PPV sekitar Lembah Klang. 

 

“Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di lima PPV itu. 

 

“Bagaimanapun, walk-in di negeri-negeri lain akan diteruskan dan orang ramai

dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing untuk maklumat terkini berhubung inisiatif walk-in di negeri masing-masing,” katanya. 

 

Kenyataan itu menyebut, CITF mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penglibatan ProtectHealth Corp Sdn. Bhd. untuk inisiatif walk-in ini. 

 

“Perbincangan tertumpu kepada menyebarluaskan inisiatif walk-in bagi populasi dewasa warga Malaysia di klinik pengamal perubatan swasta am di Lembah Klang. 

 

“ProtectHealth dijangka mula menawarkan perkhidmatan klinik perubatan

swasta yang terpilih untuk walk-in warga tempatan pada 1 Oktober ini,” katanya. 

 

Berkaitan pengambilan dos kedua susulan PPV yang ditutup di Hulu Selangor dan Kuala Selangor, kenyataan itu memaklumkan, mereka boleh mendapatkan dos kedua secara walk-in di

klinik seperti di bawah:

 

  1. Hulu Selangor, 

Klinik SP Care Antara Gapi

No. 43 & 43A & 45 Jalan Gapimas 1, 

Laman Gapimas, 

48200 Serendah, Selangor.

 

  1. Kuala Selangor, 

Poliklinik Medi Ihsan, 

No 9-G, Jalan Gaya Merak 1, 

Taman Gaya Merak, 

45700 Bukit Rotan, 

Selangor.

 

Poliklinik Medi Ihsan

No 7-1 Jalan Makmur 1

Taman Makmur

45500 Tanjung Karang

Selangor.

 

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian PICK di 1800-888-828. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya