Lelaki terkejut jadi mangsa penipuan - Utusan Malaysia

Lelaki terkejut jadi mangsa penipuan

Menyamar polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki terkejut apabila menjadi mangsa penipuan selepas nama dan gambarnya digunakan dalam aplikasi WhatsApp bagi tujuan meminta wang.

Menurut Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan, 36, dia terkejut apabila menerima tangkap layar daripada beberapa rakannya yang menggunakan nama dan profilnya untuk meminta sumbangan.

“Saya tidak pernah minta sumbangan itu menerusi kiriman mesej bahawa saya meminta duit dimasukkan ke dalam akaun tertentu kononnya saya meminta sejumlah wang.

“Setelah terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan tidak pernah sama sekali berbuat demikian,” katanya.

Menurut Mohd Khairul Rizzuan, dia telah membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi kerana pada petang tadi kerana khuatir apabila namanya digunakan bagi tujuan berkenaan.

“Saya amat berharap polis dapat mengambil tindakan segera terhadap laporan ini sekaligus dapat mengelakkan perbuatan ini berulang pada masa akan datang,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN