[Laporan Parlimen]Kerajaan bincang buka lagi destinasi pelancongan - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen]Kerajaan bincang buka lagi destinasi pelancongan

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat perbincangan untuk membenarkan orang ramai melancong ke destinasi selain daripada Pulau Langkawi.

Berikutan hal itu, Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nancy Shukri berkata, pihaknya telah menyenaraikan beberapa destinasi yang sememangnya menjadi tarikan pelancong untuk dibuka untuk mereka keluar melancong sekaligus merancakkan ekonomi negara.

“Kita akan berbincang dalam dua tiga hari ini membuka interstate’. Bila interstate itu dibuka, maka orang luar boleh masuk juga dan kita telah senaraikan nama-nama destinasi yang bukan sahaja pulau tetapi termasuk seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill dan juga apa-apa lagi destinasi yang boleh menarik minat orang untuk bergerak.

“Sebab apabila mereka bergerak, maka ekonomi kita juga boleh meningkat. Itu yang kita nak,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq meminta kerajaan agar membuka destinasi lain supaya gelembung pelancongan di kawasan lain turut dirancakkan dan tidak tertumpu kepada Pulau Langkawi sahaja.

Pada masa yang sama, Nancy turut menjelaskan usaha kerajaan itu juga adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 supaya perniagaan masing-masing kembali rancak untuk memperoleh pendapatan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN