[Laporan Parlimen] Menteri turut tidak terlepas dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen] Menteri turut tidak terlepas dikenakan tindakan

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana individu termasuklah menteri yang melanggar undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana undang-undang tidak meletakkan batasan untuk hanya mengenakan tindakan kepada masyarakat sahaja.

“Sebenarnya undang-undang tidak membezakan sama ada seorang menteri atau kalangan rakyat. Tinggal lagi mungkin ada perbezaan yang berbeda dan mengelirukan orang lain, tapi asasnya adalah sejauh manakah sesuatu tindakan itu dan sekiranya siasatan mengatakan dia melanggar undang-undang, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang.

“Cuma kita tahu dari segi penguat kuasaan, masa saya pun didenda beberapa kali bila melanggar SOP (prosedur operasi standard) sama dua kali sekurang-kurangnya.

“Jadi kerajaan dapat memberi jaminan bahawasanya dalam menguatkuasakan undang-undang, tidak ada yang membezakan sama ada seseorang itu menteri ataupun tidak dan dia bergantung kepada penyiasatan dan polis kes-kes yang berlainan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH- Hulu Langat), meminta menteri menjelaskan berhubung tindakan yang dikenakan kepada menteri-menteri yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Antaranya, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memegang jawatan Menteri Kanan membuat posting menerusi laman sosial Facebooknya ‘saya dah tutup pintu depan tapi….’- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.