Langkawi masih bersih walaupun ramai pelancong - Utusan Malaysia

Langkawi masih bersih walaupun ramai pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lokas-lokasi tumpuan pelancong di Pulau Langkawi terus bersih dan pengunjung gembira dengan pusat peranginan  yang mula dibuka kepada orang ramai pada 16 September lalu.

Seorang pengunjung dari Melaka, Muhammad Nabihan Abu Bakar, 30, berkata, kawasan Pantai Chenang  bersih, sesuai dengan reputasinya sebagai kawasan tumpuan pelancong seluruh dunia.

“Ada banyak tong sampah disediakan di sini untuk memastikan pelancong membuang sampah di tempat sepatutnya.

“Bila tengok pantai bersih, nak mandi dan beriadah pun rasa seronok,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang pemilik rumah tamu Langkawi Country Lodge di Pantai Chenang, Norhayati Abdullah berkata,  pihak berkuasa tempatan  sering melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar pantai.

ANGGOTA polis memantau SOP pada hari pertama pembukaan gelembung pelancongan Pulau angkawi di Pantai Chenang semalam. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Katanya, kebanyakan pelancong juga mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan di lokasi tempat mereka bersantai.

“Bagaimanapun, saya bimbang keadaan Pantai Chenang yang akan bertukar menjadi kotor apabila jumlah kehadiran pelancong bertambah selepas ini,”  ujarnya.

Sementara itu, seorang pelancong dari Pulau Pinang, Idris Ismail, 41, ketika ditemui di Dataran Lang di sini berkata, dia kagum dengan tahap kebersihan pulau ini berbanding pulau-pulau peranginan lain di negara ini.

“Saya dapati banyak kemudahan tong sampah disediakan dan pekerja pembersihan juga sering melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat E-Idaman, Erni Nerina Awang Salleh berkata, jadual kutipan sampah oleh E-Idaman ditambah sebaik gelembung pelancongan dilaksanakan.

“Kutipan sampah kini dibuat dua kali sehari pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad terutamanya bagi kawasan tumpuan pelancong dan kawasan perniagaan.

“Sebelum ini kutipan sampah di sekitar Langkawi dilakukan sekali sahaja pada setiap hari dan ditambah kepada dua kali selepas pulau ini dibuka kepada pelancong,” katanya.

Beliau menambah,  pihaknya meminta orang awam melaporkan kepada pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) sekiranya ada kawasan yang memerlukan kutipan tambahan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.