fbpx

6 Disember 2021, 1:01 pm

  TERKINI

Lagi banjir kilat landa Kota Kinabalu

TANGKAP layar video tular kejadian tanah runtuh yang berlaku di Segumau Madsiang, Jalan Penampang-Tambunan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak tengah hari ini mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar pusat bandarar raya mula dilanda banjir kilat.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh dua minggu, pusat bandar raya ini dilanda banjir kilat dan kali pertama pada 3 September lalu.

Berdasarkan kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat laporan yang diterima 13 kampung dan kawasan dinaiki air dekat sini dan Penampang.

 

BANJIR kilat yang melanda sekitar pusat bandar raya Kota Kinabalu.-IHSAN APM

 

Malah, berlaku satu kejadian tanah runtuh di Segumau Madsiang, Jalan Penampang-Tambunan dan difahamkan beberapa rumah dan kenderaan terjejas akibat tanah runtuh itu.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat yang berterusan menyebabkan sistem perparitan dipenuhi air hingga menyebabkan kawasan sering berlaku banjir kilat mula dinaiki air.

Ketika ini, bacaan paras air Sungai Moyog, Penampang juga menghampiri paras bahaya iaitu pada paras 8.9 meter.

Antara kampung dan kawasan dilanda banjir kilat di Penampang ialah Kampung (Kg) Kolopis, Kg Baru Luyang, Bundusan, JPJ Bundusan, Kg Sugud, Kg Inobong, Taman Manis, Kg Nambazan, Kg Dungkahang, Taman Sahabt dan Kg Tuavon.

Sejak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang dibuka pada pukul 3.30 petang tadi, lima mangsa banjir ditempatkan di situ.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah di pedalaman dan pantai barat seperti Sipitang, Beaufort, Kota Kinabalu, Putata dan Kudat.- UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI