Lagi 41 kilogram syabu dirampas - Utusan Malaysia

Lagi 41 kilogram syabu dirampas

PETER UMBUAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Polis Sabah berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 41.19 kilogram dianggarkan bernilai RM1.48 juta di sebuah syarikat pengangkutan di Jalan Sin Onn pada Khamis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, rampasan ini adalah susulan daripada rampasan 303 kilogram dadah bernilai RM10.9 juta yang dilakukan di Kampung Batu Payung pada Isnin lalu.

Ini menjadikan keseluruhan dadah yang dirampas sebanyak 344.19 kilogram. Setakat ini, seorang lelaki berbangsa Cina berusia 49 tahun ditahan semasa tangkapan dan rampasan pertama dilakukan pada Isnin.

Beliau berkata, serbuan susulan pada Khamis dilakukan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 12.30 tengah hari berdasarkan pandu arah daripada suspek.

“Hasil pemeriksaan di dalam sebuah kontena, polis menemui sejumlah 13 bungkusan plastik berisi dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran 41.19 kilogram yang disimpan dalam enam kotak berlainan.

“Rampasan dibuat untuk tindakan lanjut dan tiada tangkapan dibuat semasa pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Khamis, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah setelah menahan seorang lelaki berbangsa Cina bersama dadah kira-kira 303 kilogram di Kampung Batu Payung pada pukul 7.30 malam.

Dadah itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran bagi memenuhi permintaa kira-kira 1.5 juta orang penagih dadah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN