Koperal cedera ketika kejar suspek lari daripada pemeriksaan polis - Utusan Malaysia

Koperal cedera ketika kejar suspek lari daripada pemeriksaan polis

KEADAAN motosikal yang dipercayai digunakan oleh suspek (kanan) ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang awal pagi semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang anggota polis berpangkat koperal patah bahu kanan selain mengalami luka-luka pada beberapa bahagian badan selepas terjatuh ketika cuba mengejar seorang suspek bermotosikal di Penaga, di sini awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika mangsa dan beberapa rakannya sedang menjalankan tugasan rondaan di sekitar kawasan berkenaan. 

NOORZAINY MOHD. NOOR

Katanya, ketika meronda mereka terserempak dengan seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik dalam keadaan mencurigakan termasuk menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi atau fancy

“Polis kemudian memperkenalkan diri dan mengarahkan suspek untuk berhenti di tepi jalan, namun, lelaki itu terus memecut motosikalnya hingga memaksa mereka mengejarnya. 

“Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai di satu simpang jalan, motosikal mangsa iaitu anggota polis terbabit tidak dapat dikawal dan berlanggar dengan motosikal suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Akibat pelanggaran itu kata Noorzainy, anggota polis berusia 30 tahun berkenaan kemudian terseret hingga sejauh 20 meter sebelum terhumban ke dalam longkang. 

Katanya, suspek yang turut mengalami calar-calar pada anggota badan akibat kejadian itu bagaimanapun berjaya diberkas tidak jauh dari situ. 

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu tidak memiliki lesen memandu, namun tidak membawa apa-apa barang yang salah. Ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mengesahkan dia negatif dadah. 

“Sehubungan itu, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN