Kit Siang persoal data kematian, penjelasan KKM mengelirukan - Utusan Malaysia

Kit Siang persoal data kematian, penjelasan KKM mengelirukan

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mempersoalkan penjelasan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai jumlah kematian akibat Covid-19 dan menyifatkan ia mengelirukan. 

 

Beliau berkata, ini berikutan KKM tidak menafikan angka kematian yang dilaporkan itu merupakan angka sebenar jumlah mereka yang terkorban akibat jangkitan wabak. 

 

“Dan berapa lamakah rakyat negara ini diberikan anggaran yang lebih rendah mengenai kematian akibat Covid-19 dalam negara,  satu, dua, atau tiga bulan?.

 

“Malah, angka kematian Covid-19 yang dilaporkan di https://covidnow.moh.gov.my/ pada pukul 1:30 pagi semalam dan di laman web Worldometer pada pukul 4 pagi menunjukkan terdapat 592 kematian termasuk 106 kes kematian dibawa ke hospital (BID), maka berapa banyakkah kematian ini termasuk dalam kategori “kematian dilaporkan” dan “kematian sebenar”?.

 

“Dan adakah KKM bersedia untuk melaporkan pembetulan kepada angka kematian ini untuk satu, dua, atau tiga bulan yang lepas untuk setiap hari?,” soalnya di https://blog.limkitsiang.com/ hari ini. 

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai backlog maklumat kematian akibat Covid-19 sedia ada.

 

Menurut Kit Siang, pihaknya juga masih tidak dapat memahami bagaimana Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mendakwa dalam persidangannya baru-baru ini bahawa perang dan strategi kerajaannya melawan wabak bukanlah satu kegagalan.

 

Katanya, semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, negara mencatatkan 29 kes jangkitan dan sifar kematian, tetapi, negara bakal melepasi paras 2 juta kes jangkitan dan 21,000 kematian.

 

“Kelmarin, kita adalah negara keenam di dunia dari segi jumlah kes baharu tertinggi, dan negara keempat dari segi jumlah kematian tertinggi. Semalam, kita berada di tempat kelapan dan keempat dari segi jumlah kes baharu dan kematian tertinggi,” katanya. 

 

“Dengan 292 kematian akibat Covid-19 semalam, kita telah mengatasi empat negara teratas di dunia yang mencatatkan jumlah kematian terkumpul tertinggi iaitu Amerika Syarikat (246 kematian), India (210 kematian), Brazil (216 kematian) dan United Kingdom (56 kematian).

 

“Bukankah semua ini menjadi petunjuk yang jelas betapa gagalnya strategi kerajaan Muhyiddin dalam melawan wabak Covid-19 dan satu permulaan baharu diperlukan untuk melawan wabak ini?,” soalnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN