Kestabilan politik kunci perpaduan negara - Utusan Malaysia

Kestabilan politik kunci perpaduan negara

LEE LAM THYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keharmonian politik tanah air memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah negara yang aman serta makmur dan bagi memupuk nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sempena ulang tahun Hari Malaysia ke 58, Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, semangat perpaduan warganegara harus dipertingkatkan menerusi pelbagai inisiatif.

“Perpaduan kita dapat dicapai apabila wujudnya kesepakatan dalam politik di negara ini. Inisiatif yang diambil oleh kerajaan dan pembangkang dalam mewujudkan kestabilan politik menerusi  Perjanjian Keyakinan dan Bekalan (CSA).

“Kita harus berusaha untuk mengurangkan perbezaan pendapat dan kefahaman politik dan berusaha untuk lebih fokus kepada isu isu berkaitan rakyat. Tambahan lagi pada masa ini, rakyat sangat perlu dibantu tatkala pandemik menyukarkan kehidupan kebanyakan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.

Lam Thye berkata, tahun ini merupakan ulang tahun Sambutan Hari Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan generasi terdahulu yang menyatukan Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak bagi membentuk sebuah negara majmuk yang penuh harmoni dan membawa semangat perpaduan.

Manakala, katanya, CSA merupakan langkah yang bijak dalam mentadbir negara yang tidak ada kestabilan politik pada ketika ini.

“Diharapkan ahli politik ada keikhlasan yang tinggi untuk memastikan rakyat boleh diutamakan pada ketika ini bagi memastikan kebajikan rakyat terjaga dan terbela,” jelasnya.

Selain itu, Lam Thye turut ketengahkan keperluan untuk menghayati Rukun Negara yang akan menjadi agen penyatuan masyarakat Malaysia.

“Untuk memperkasakan perpaduan dan mewujudkan warganegara yang lebih bersifat cintakan negara, Rukun Negara harus disebarkan kepada semua rakyat negara ini.

“Rukun Negara perlu menjadi teladan dan pedoman rakyat. Ia tidak boleh hanya sekadar laungan di bibir ketika majlis perasmian semata. Rukun Negara harus dihayati dan dijadikan panduan hidup rakyat Malaysia,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya