PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,577 kes berbanding semalam, 18,815 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,480 kes diikuti Selangor (2,646), Johor (2,334), Perak (1,596), Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).
“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kelantan (869) dan Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287), Negeri Sembilan (198)
“Perlis merekodkan 41 kes dan Putrajaya (31) manakala Labuan hanya 10 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE