Kes positif menurun lagi kepada 14,954 - Utusan Malaysia

Kes positif menurun lagi kepada 14,954

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 14,954 kes berbanding semalam, 15,549 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,707 kes diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207) dan Negeri Sembilan (144).

“Perlis mencatatkan 76 kes dan Putrajaya, 19 kes manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN