Kerja tanah di kawasan bercerun perlu Laporan EIA - JAS - Utusan Malaysia

Kerja tanah di kawasan bercerun perlu Laporan EIA – JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jabatan Alam Sekitar (JAS) menetapkan bahawa sebarang pembangunan atau pembersihan tanah di kawasan tanah berkecerunan 25° tetapi kurang 35° adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 2015.

Ketua Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, bagi kawasan yang berkecerunan 35° dan ke atas pula, tiada sebarang pembangunan kecuali yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Justeru, katanya, mana-mana pihak yang berhasrat menjalankan aktiviti berkenaan hendaklah menjalankan satu kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan mendapatkan kelulusan Laporan EIA.

“JAS akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan tanpa sebarang kelulusan Laporan EIA mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, laporan dan kelulusan EIA diperlukan bagi aktiviti pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi kawasan yang kurang daripada 50 peratus kawasan cerun yang berkecerunan melebihi atau sama dengan 25° tetapi kurang daripada 35°.

Wan Abdul Latiff berkata, laporan dan kelulusan EIA juga diperlukan bagi pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi 50 peratus atau lebih kawasan cerun yang berkecerunan lebih daripada atau sama dengan 25° tetapi kurang daripada 35°.

“Keperluan sama turut membabitkan pembinaan jalan, terowong atau jambatan yang melintasi kawasan cerun yang berkecerunan melebihi atau sama dengan 35°,” katanya.

Katanya, beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Zaini Ujang bersama Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar mengadakan pemeriksaan tapak di tapak kerja-kerja pembersihan tanah dan penebangan pokok di kawasan cerun di Bukit Tabur, Mukim Hulu Kelang, Selangor, semalam.

Menurutnya, kerja-kerja tanah di kawasan itu telah dihentikan susulan arahan yang telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 11 September lalu. 

Wan Jaffar menjelaskan, hasil pemeriksaan tapak dan pemerhatian menggunakan dron mendapati tiada sebarang langkah kawalan hakisan dan sedimen di kawasan cerun yang telah ditereskan oleh pemaju. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya