Kerajaan peruntuk RM400 bilion untuk pembangunan - Utusan Malaysia

Kerajaan peruntuk RM400 bilion untuk pembangunan

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan pembangunan yang besar pada RMK12 ini adalah bagi melindungi nyawa dan kehidupan pada tahun 2020 dan 2021.

“Saya sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi. Kerajaan banyak menerima cadangan daripada orang ramai, ahli Parlimen dan kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, keperluan yang amat besar untuk melindungi nyawa dan kehidupan pada tahun 2020 dan 2021, ruang bagi melaksanakan projek pembangunan amat terhad. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga tahun hadapan.

“Oleh itu, peruntukan pembangunan kerajaan lebih ditumpukan kepada projek sambungan. InsyaAllah. kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023, apabila ekonomi semakin kukuh,” katanya ketika pembentangan RMK12, semalam.

Tambahnya lagi, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM248.5 bilion bagi tujuan pembangunan pada RMK11.

Peruntukan itu merangkumi sektor ekonomi sebanyak 58 peratus, sosial (26 peratus), keselamatan dan pertahanan (11 peratus), dan pentadbiran am (lima peratus).

“Daripada perbelanjaan ini, sebanyak 46 peratus diagihkan kepada enam negeri yang memerlukan lebih tumpuan iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN