Kerajaan bantu kumpulan B40 secara menyeluruh - Utusan Malaysia

Kerajaan bantu kumpulan B40 secara menyeluruh

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan komitmen kerajaan untuk terus membantu keluarga B40 dalam pelbagai dimensi termasuk bagi sektor pendidikan dan kesihatan.

Beliau komited untuk membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Lebih ramai murid daripada keluarga B40 akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa.

“Dalam aspek kesihatan pula, akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas. Isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 semakin meningkat.

“Untuk tujuan itu, isu ini akan ditangani secara komprehensif termasuk melalui makanan berkhasiat,” jelasnya.

Bagi meningkatkan keupayaan, kemahiran dan daya saing mencari pekerjaan golongan M40, program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan ditingkatkan.

“Mereka juga akan digalakkan untuk melanggan insurans kesihatan dan pekerjaan pada kadar yang mampu dibayar. Selain itu, kita akan memastikan anak-anak M40 mendapat akses kepada pendidikan berkualiti pada kos yang berpatutan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN