Jawi benarkan ziarah kubur bagi kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah - Utusan Malaysia

Jawi benarkan ziarah kubur bagi kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Bermula esok, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan individu yang telah menerima vaksinasi lengkap membawa anak-anak berusia 17 tahun ke bawah untuk menziarahi kubur.

Perkara itu dimaklumkan Jawi berdasarkan garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini khususnya bagi aktiviti ziarah kubur di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebelum ini, Jawi menetapkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan menziarahi kubur.

Jawi berkata, tempoh masa ziarah kubur juga ditingkatkan kepada 20 minit berbanding 15 minit sebelum ini.

Menurutnya, waktu ziarah yang dibenarkan pula masih sama iaitu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

“Keutamaan ziarah kepada mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap.

“Manakala, bilangan yang dibenarkan masuk ke tanah perkuburan Islam hendaklah dihadkan kepada 50 orang sahaja pada satu-satu masa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya