Jabatan Pendidikan Terengganu pujuk 100 guru terima vaksin  - Utusan Malaysia

Jabatan Pendidikan Terengganu pujuk 100 guru terima vaksin 

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 100 guru di negeri ini dikenal pasti menolak vaksinasi Covid-19 atas pelbagai alasan.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kumpulan guru berkenaan bagaimanapun sedang dipujuk oleh Jabatan Pendidikan agar menerima vaksin berkenaan.

 

“Saya difahamkan daripada jumlah itu, ada yang akur untuk divaksin, tetapi, ada juga segelintir yang ‘hardcore’.

 

“Saya harap golongan ini dapat mempertimbangkan soal vaksinasi Covid-19 untuk kebaikan bersama termasuk keluarga mereka dan murid-murid nanti,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan DUN Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

 

Baru-baru ini,  Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kesemua 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin di negara ini akan diberikan tugasan lain di sekolah setelah tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.

 

Beliau sekali gus menepis dakwaan golongan berkenaan hanya akan bergoyang kaki serta dibenarkan bekerja dari rumah.

 

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, tindakan guru yang masih berdegil menolak vaksin hakikatnya akan menimbulkan masalah dan boleh menyusahkan individu berkenaan dalam banyak perkara. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN