Istana Raja Muda bernilai tinggi - Utusan Malaysia

Istana Raja Muda bernilai tinggi

BEBERAPA individu dipercaya wakil syarikat melawat kawasan istana lama yang dibuka untuk bidaan bagi membuat penilaian di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kawasan bangunan istana lama yang dikenali Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di sini yang dibuka untuk jualan secara bidaan terbuka mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Seorang wakil sebuah syarikat pembida kawasan istana lama itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kawasan seluas 5.1 ekar atau dua hektar itu juga mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

“Saya lihat kawasan ini agak luas dan strategik tempatnya, tanahnya bernilai tinggi bukan sahaja nilai dari segi ekonomi tetapi juga dari nilai sejarahnya.

“Sebenarnya saya tak tahu tanah ini yang nak dilelong adalah tanah yang terdapat istana Raja Muda.

“Saya harap nilai sejarah yang ada di tanah ini dapat dikekalkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia ketika melawat tapak yang dibuka untuk tender umum di sini semalam.

Sementara itu, penduduk di sini kecewa apabila mendapat tahu istana lama itu akan dijual.

Seorang penduduk, Jaafar Mohd. Nor, 57, berkata, penduduk tidak setuju dengan penjualan istana lama dan kawasannya kerana nilai warisannya yang tinggi.

Katanya, hanya istana itu sahaja bangunan lama yang masih ada di Teluk Intan selain Menara Condong.

“Kami harap istana ini dikekalkan, biarkan saja bangunan ini, jangan dijual kepada sesiapa, kami sayangkan warisan sejarah ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Haslan Hislam, 48, sedih apabila mendapat tahu istana lama hendak dilelong kepada umum malah tender terbuka telah pun dikeluarkan.

“Istana ini tetap menjadi kebanggaan kami, lambang kemegahan institusi diraja Perak walaupun ia tidak lagi digunakan.

“Jadi saya harap kerajaan mengkaji semula keputusan untuk menjualnya dan tukarkan menjadi destinasi pelancongan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya