[PARLIMEN] Industri logistik: TERAJU masih meneliti penyertaan bumiputera - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Industri logistik: TERAJU masih meneliti penyertaan bumiputera

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) masih meneliti penyertaan Bumiputera dalam industri logistik dengan lebih lanjut dan akan membentangkan hasil kajian kepada Jemaah Menteri bagi melakar hala tuju penglibatan Bumiputera dalam sektor logistik.

Menjawab soalan Anthony Loke (PH-Seremban), Menteri Kewangan Tengku Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perkara itu adalah bagi memastikan industri ini terus berkembang.

“Persekutuan Penghantar Fret Malaysia, atau FMFF telah memohon pengecualian terhadap syarat ini. Melalui surat yang telah diutus oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2016, syarikat tempatan yang memperoleh status Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa, atau IILS, dikecualikan daripada syarat ini sehingga 31 Disember 2020.

“Baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah melanjutkan tempoh pengecualian ini buat kali kedua sehingga Disember 2022, supaya TERAJU dapat meneliti penyertaan Bumiputera dalam industri logistik dengan lebih lanjut,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalan itu, Loke minta menteri kewangan untuk menyatakan sama ada kerajaan bersedia untuk mengkaji semula dasar ekuiti untuk syarikat penghantar fret yang sedang beroperasi memandangkan syarat ekuiti sedia ada sukar untuk dilaksanakan.

Tambah Tengku Zafrul, kerajaan komited untuk meningkatkan produktiviti, dan mengekalkan asas kos rendah.

“Selain itu, usaha ini akan memastikan bahawa kedudukan Malaysia sebagai sistem pelabuhan ke-13 yang paling cekap di dunia berdasarkan Indeks Prestasi Pelabuhan yang diterbitkan oleh Bank Dunia dapat ditambah baik,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya