Ibu mangsa gangguan seksual buat sumpah laknat - Utusan Malaysia

Ibu mangsa gangguan seksual buat sumpah laknat

tangkap layar video sumpah laknat ibu mangsa yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas video seorang lelaki didakwa abang mangsa gangguan seksual membuat sumpah laknat, kini ibu mangsa pula melafazkan sumpah tersebut.

 

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu didedahkan kepada orang ramai menerusi Telegram Firdaus Wong Wai Hung yang sebelum ini begitu lantang mendedahkan isu kontroversi melibatkan penceramah terkenal terbabit.

 

Menerusi video itu, wanita berkenaan bersumpah dengan nama Allah bahawa anak perempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu penceramah terkenal terbabit.

 

“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

 

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya,” katanya menerusi video berkenaan.

 

Sementara itu, Firdaus Wong mendakwa, ibu kepada mangsa telah mengizinkan dirinya untuk berkongsikan video sumpah laknat memaparkan anaknya telah menerima gangguan seksual.

 

“Mereka mengizinkan kerana mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku dan mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

 

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu, apabila tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran,” dakwanya.

 

Dakwa Firdaus lagi, buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu, namun, tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran. 

 

“Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu.

 

“Semoga Allah bantu mereka yang membantu menegakkan kebenaran,” katanya. 

 

Semalam tular satu video sumpah laknat diikrarkan oleh abang seorang mangsa didakwa gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya