[PARLIMEN] Hentikan projek mega, tumpu pada RMK-12 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Hentikan projek mega, tumpu pada RMK-12

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk terus memberi tumpuan dalam menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) yang dibentangkan semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam menjayakan perancangan tersebut, kerajaan harus menangguhkan segala projek mega kerajaan dan kembali kepada rakyat.

“Parlimen ini harus digunakan sepenuhnya menuntut supaya RKM-12 ini berikan tumpuan kalau perlu tangguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, ECRL dan teliti semula, MRT3.

“Apa faedah kita nak teruskan dalam keadaan rakyat kelaparan, menganggur, tak cukup makan dan tak cukup mutu pendidikan sekarang,” katanya perbahasan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12), di Dewan Rakyat.

Anwar turut menggesa agar sasaran purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 sebulan pada 2025 perlu dikaji semula.

Katanya, sasaran itu langkah yang baik, namum adalah ia realistik memandang kepada kadar kemiskinan dan pengangguran di negara ini.

“Lebih baik jika rata-rata pendapatan isi rumah berdasarkan kadar kemiskinan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN