Harga kit RTK turun menjelang buka sekolah - Utusan Malaysia

Harga kit RTK turun menjelang buka sekolah

ROSOL Wahid (tengah) beramah mesra dengan pemuda Orang Asli dalam program vaksinasi Covid-19 Orang Asli di Kampung Sungai Berua, di Hulu Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Harga baharu yang lebih murah bagi kit ujian pantas (RTK) antigen secara kendiri akan dilaksanakan menjelang sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober depan.

 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu bertujuan memastikan ibu bapa tidak terbeban untuk mendapatkan kit berkenaan bagi keperluan anak masing-masing.

 

Katanya, penetapan harga baharu itu dalam masa sama membolehkan kit RTK dimiliki semua golongan bagi aktiviti pengesanan awal virus Covid-19.

 

“Keutamaan kita adalah supaya pelajar dapat menggunakan kit RTK dan hasil ujian saringan mereka negatif sebelum masuk ke kelas bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka.

 

“Jadi, kita mahu semua rakyat mampu membeli kit berkenaan dan tidak terbeban dengan harganya kerana bagi keluarga ramai tentunya nilai RM19.90 itu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program vaksinasi Covid-19 Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

 

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan menurunkan lagi harga kit RTK bagi meningkatkan penggunaannya dalam kalangan rakyat sekali gus dapat mengesan penularan virus itu dengan lebih cepat dan meluas.

 

Katanya, selain menurunkan harga, penjualannya juga akan diperluaskan ke premis selain farmasi memandangkan kit ujian itu kini adalah satu norma baharu yang akan menyokong proses pemulihan negara.

 

Sementara itu, Rosol berkata, hasil pertemuan dan perbincangan dengan pihak industri termasuk pengusaha farmasi dan peniaga rata-ratanya bersetuju dengan harga baharu kit RTK yang mampu milik itu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya