fbpx

17 Oktober 2021, 9:02 pm

  TERKINI

Gerakan sokong undi 18 dilaksana

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyokong pelaksanaan undi 18 menurut pindaan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara secara dwipartisan di Parlimen pada 2019.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang bakal menyaksikan pertambahan pengundi sebanyak 50 peratus daripada 14.9 juta pengundi PRU-14 yang lalu.

“Anggaran saya, jumlah pengundi pada PRU-15 akan datang bakal mencecah 22.5 juta pengundi disebabkan pertambahan pengundi 18 tahun dan pendaftaran automatik.

“Besar harapan kami agar golongan muda tersebut dapat menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi PRU-15,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan sekiranya undi 18 dilaksanakan, seramai 1.2 juta golongan remaja berusia 18 hingga 21 tahun selain 4.4 juta lagi individu berumur 21 tahun ke atas yang langsung tidak pernah mendaftar akan terlibat dalam PRU-15 akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan berpendapat Undi 18 boleh dilaksanakan selewat-lewatnya September 2022 berdasarkan kerangka kerja yang ditetapkan selepas ia diwartakan pada 2018.

Tambah Dominic, golongan muda bakal pengundi sepatutnya bergerak seiring dengan pendidikan politik semasa dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sistem politik yang bakal menjamin kelangsungan pemerintahan dan sistem demokrasi.

Jelas beliau, penglibatan tidak perlu diskopkan kepada isu kepartian sahaja, tetapi merupakan tanggungjawab seorang warganegara untuk kelangsungan pemerintahan dan pentadbiran negara.

Katanya lagi, golongan muda perlu diterangkan berkenaan kestabilan politik yang penting untuk menjamin perpaduan kaum, kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.-UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI