Dua banduan diberkas, seorang masih diburu - Utusan Malaysia

Dua banduan diberkas, seorang masih diburu

HASYIM MUHAMMAD SYATA dan NIKO MATHEUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua daripada tiga banduan warga asing yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Arena, semalam berjaya diberkas hari ini.

Kedua-dua suspek yang disahkan positif Covid-19 diberkas hasil maklumat orang awam di bandar Tawau melalui Op Kesan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kedua-dua suspek iaitu Hasyim Muhammad Syata,34, dan Niko Matheus,25, diberkas semula di bandar Tawau.

PETER UMBUAS

Suspek pertama, Hasyim Muhammad ditahan pada 12.30 tengah hari tadi manakala, Niko pula ditahan pada 5.30 petang di sekitar bandar Tawau.

“Sementara itu, seorang lagi suspek iaitu Jimnajir Annor,23, masih diburu. Usaha memburu suspek terakhir sedang dipergiatkan di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga suspek melarikan diri dari PKRC itu pada 12.30 tengah malam, semalam dengan mengumpil jeriji besi di bahagian tandas PKRC tersebut.

Tiga bantuan berkenaan antara 16 banduan dan tahanan yang ditempatkan di PKRC Dewan Arena selepas disahkan positif Covid-19 bagi tujuan pengasingan dan rawatan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN