Data CovidNow terbuka, lebih terperinci - Utusan Malaysia

Data CovidNow terbuka, lebih terperinci

SHAHRIL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyifatkan pelancaran laman web CovidNow adalah satu langkah yang tepat dalam persiapan negara beralih ke fasa Covid-19 sebagai endemik.

Beliau berkata, perkongsian data secara terbuka itu adalah penting kerana ia adalah antara perkara yang diletakkan sebagai indeks pencapaian utama (KPI) dalam tempoh 100 hari Kementerian Kesihatan.

“Hari ini tak sampai seminggu, data tersebut telah mula dipaparkan secara terbuka bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Tetapi lebih utama dari itu ialah kualiti dan jenis data yang dipaparkan kali ini lebih terperinci dan sesuai dengan senario semasa,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Shahril, data yang dipaparkan bukan sekadar mengenai kes jangkitan harian, tetapi juga bilangan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) mengikut hospital, jumlah individu yang kuarantin di pusat kuarantin berbanding rumah, dan jumlah individu yang memerlukan alat bantuan nafas.

“Sarawak misalnya, telah pun bersedia untuk beralih ke fasa endemik seperti yang telah disebut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak beberapa hari lepas. Kes harian walaupun masih tinggi, namun kes yang dikategorikan sebagai CAT3-5 rendah dan sistem kesihatan tidak terbeban.

“Semua ini membantu beri gambaran lebih tepat agar walaupun kita masih memerangi Covid-19 di seluruh negara, pembuat dasar dan rakyat lebih mampu melaksanakan penyesuaian dalam hidupan seharian mereka, sejajar dengan kesedaran bahawa kita akan terpaksa hidup bersama Covid-19 untuk beberapa ketika lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN