Covid -19 : Sarawak atasi Selangor - Utusan Malaysia

Covid -19 : Sarawak atasi Selangor

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,352 kes berbanding semalam, 20,396 kes sekali gus terus diatasi kes sembuh iaitu 20,201 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 272 kematian dicatatkan dengan 975 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 435 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 252,668 kes aktif.

Katanya, Sarawak pula menjadi penyumbang terbesar dengan mencatatkan 3,714 kes diikuti Selangor (2,126), Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213) dan Perak (1,082)

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (700), Pahang (463), Kuala Lumpur (398), Melaka (295) dan Negeri Sembilan (193).

“Perlis pula merekodkan 38 kes diikuti Putrajaya, 23 kes manakala Labuan hanya lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN