Buku RMK-12 bukan bernilai RM2 billion, tidak libat konsultan luar negara - Utusan Malaysia

Buku RMK-12 bukan bernilai RM2 billion, tidak libat konsultan luar negara

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tanpa melibatkan pihak konsultan luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed turut menafikan dakwaan kononnya penghasilan buku tersebut dibuat dengan kos RM 2 bilion sebagaimana didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Beliau tanpa mendedahkan kos sebenar buku tersebut turut menggesa Anwar memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan.

“Untuk pengetahuan, UPE JPM tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMK-12 seperti yang didakwa Anwar.

“Perancangan pembangunan negara untuk lima tahun ini disediakan pegawai unit berkenaan di bawah selian saya hasil input daripada libat urus pelbagai pihak. Penyediaan RMK12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar sebelum ini berkata, lebih RM2 bilion didakwa telah dibelanjakan kerajaan untuk menyiapkan Buku RMK12 dengan diberikan kepada konsultan luar negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN