Bonceng lebih 285KM kibar Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

Bonceng lebih 285KM kibar Jalur Gemilang

ABDUL RAHMAN Abu Bakar dan Suria Sukirman mengenakan pakaian Jalur Gemilang di samping motosikal dinaiki dihiasi bendera ketika ditemui di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Walaupun menghidap slipped disc, seorang isteri, Suria Sukirman, 53, tidak mempedulikan penyakitnya demi membonceng motosikal yang dihiasi Jalur Gemilang bersama suami, Abdul Rahman Abu Bakar, 54.

Pasangan itu menjelajah dari Sungai Besar, Selangor hingga ke Banda Hilir di sini sempena sambutan Hari Kebamgsaan ke-64.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Suria yang juga pesara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, dia tidak mahu terlepas peluang meraikan sambutan merdeka, iaitu rutin yang dilakukan mereka sejak tiga tahun lalu.

“Saya baru menjalani pembedahan awal tahun ini, tetapi tidak menghalang bersama suami bermotosikal sambil mengibar bendera sepanjang laluan lebih daripada 285 kilometer (KM).

“Ini rutin kami sejak lebih tiga tahun. Saya dan suami akan menjelajah dari Sabak Bernam melalui beberapa daerah di Selangor; Seremban, Port Dickson di Negeri Sembilan. seterusnya Masjid Tanah, berakhir di Banda Hilir, Melaka,” katanya.

Semangat ditunjukkan dua sejoli itu bukan setakat menghiasi Jalur Gemilang di motosikal, tetapi lebih menarik mereka turut mengenakan pakaian yang ditempah khas berharga RM150.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga bekas pesara tentera berkata, usaha yang dilakukannya dan isteri sebagai tanda cintakan negara serta demi memupuk semangat patriotik.

“Kami teruja setiap kali sambutan kemerdekaan dan perkara ini sepatutnya turut ditunjukkan oleh generasi muda agar mereka lebih menghayati kemerdekaan negara,” katanya yang memulakan perjalanan dari Parit 12 Barat, Sungai Besar pada 28 Ogos lalu.

Menurutnya, di sepanjang laluan, orang ramai mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat bagus, malah sewaktu berhenti rehat, ada yang datang bertemu mengambil kesempatan berswafoto.

“Tidak ada kemeriahan di sepanjang laluan kami. Hanya rumah dan premis perniagaan dihiasi bendera kebangsaan. Tak nampak orang menghiasi bendera di kenderaan seperti sebelum ini,” ujarnya.

Abdul Rahman menambah, perjalanan itu turut mendapat sokonga Persatuan Veteran Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sabak Bernam dan telah memperoleh kebenaran daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya