KUALA LANGAT: Kira-kira 10,000 penduduk di Kampung Jenjarom di sini bimbang detik malang yang pernah mereka lalui apabila sebuah kilang pembuatan bateri yang pernah mengakibatkan pencemaran plumbum, dikatakan bakal kembali beroperasi. Kilang berkenaan pernah ditutup oleh kerajaan negeri pada 2019 selepas menjadi punca penduduk setempat terdedah kepada pencemaran logam tersebut. Namun, kilang berkenaan yang dipercayai bertukar tangan kepada sebuah syarikat baharu didakwa bakal meneruskan operasi sama berkaitan bateri selepas dikatakan…