Pemilik kilang bateri lapor polis difitnah - Utusan Malaysia

Pemilik kilang bateri lapor polis difitnah

Kilang bateri
HISHAM Abd Wahab membuat laporan polis terhadap pentadbir Facebook Jenjarom Community yang didakwa memfitnahnya, dekat Balai Polis Sungai Jarum di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pemilik kilang bateri panel solar, Datuk Seri Noorha Wisma Hisham Abd Wahab hari ini membuat laporan terhadap pentadbir akaun laman Facebook Jenjarom Community yang didakwa membuat kenyataan berbaur fitnah.

Pengerusi Federal Power Holdings Sdn Bhd itu berkata, artikel bertarikh 6 Januari 2021 bertujuan untuk memalukan dan mengaibkannya, sekali gus mengancam kredibiliti sebagai seorang ahli perniagaan.

“Pentadbir laman Facebook itu memutar belitkan fakta dengan tujuan menabur fitnah kepada saya dan mencemarkan nama baik saya dan untuk menyekat perjalanan perniagaan saya. Mereka menggunakan ayat-ayat hasutan dan tuduhan tanpa membuat semakan fakta.

“Apabila ia melibatkan privasi saya seperti menyebarkan gambar saya ke tempat awam tanpa izin (Privacy Intrusion) dan fitnah, maka saya harus mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Jarum, hari ini.

Terdahulu, Noorha Wisma Hisham membuat satu laporan ke atas pentadbir laman Facebook Jenjarom Community kerana memfitnahnya masih terlibat jenayah rasuah sedangkan mahkamah membebas dan melepaskan beliau pada 14 Ogos 2023.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan beliau kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan namanya  dengan kes rasuah yang dihadapinya dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar Selangor pada 23 November 2021. 

“Ini mewujudkan satu situasi yang kurang menyenangkan untuk mempercayai janji-janji yang diberikan saya berkenaan operasi kilang ini,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menyaman pentadbir akaun laman berkenaan kerana memfitnahnya dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, Noorha Wisma Hisham turut memberi jaminan yang bateri panel solar yang bakal dihasilkan syarikat tempatan itu tidak akan mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk Kampung Jenjarom.

Ini kerana jelasnya, penghasilan bateri itu tidak melibatkan sebarang proses pembuangan sisa mahupun bahan kimia berbahaya khususnya plumbum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya