Bapa, anak meninggal dunia dipercayai Covid-19 di rumah - Utusan Malaysia

Bapa, anak meninggal dunia dipercayai Covid-19 di rumah

POLIS yang berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengangkat mayat dua lelaki yang ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Bapa dan anak yang mati dipercayai dua hari lalu akibat Covid-19 ditemukan di rumah mereka di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.33 petang itu dilaporkan kepada polis oleh jiran yang menyedari situasi berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, isteri mangsa dikatakan mengalami kemurungan dengan terus bersama mayat tersebut tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dua individu yang meninggal dunia itu adalah Bakar Yaacob, 79, dan Ahmad Rizal Bakar, 53.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, polis tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.30 petang dan mendapati pintu rumah dalam keadaan tertutup namun tidak berkunci.

Katanya, pihaknya mendapati keadaan mayat anak sudah pun kembung dan disyaki telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Manakala mayat bapa pula didapati terbaring di ruang makan rumah dalam keadaan sempurna. Pemeriksaan badan di kedua-dua mayat tersebut dibuat secara rambang mendapati tidak ada sebarang perbuatan jenayah .

“Pemeriksaan teliti tidak dapat dilakukan dengan terperinci kerana dikuatiri dijangkiti virus Covid-19. kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pemeriksaan Covid-19 dan tindakan seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Wari, pihak hospital telah membawa isteri warga emas itu ke HTF kerana disyaki mengalami kemurungan.

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.